Selasa, 25 Mac 2008

VIDEO+SHOOTING

sebagai seorang pelajar komunikasi penyiaran hidup gue memang tak lari dari kamera...nak tau fantasi gue tentang kamera? mehler baca blog nie...

Gue merupakan pelajar komunikasi penyiaran UPM. Untuk pengetahuan anda kamera memang ada banyak jenis kamera. Seperti yang kita tahu kamera video yang biasa kita gunakan adalah jenis mini dv yang mana kita boleh bawa kemana-mana sahaja yang kita mahu.

Tapi berbeza dengan kamera yang digunakan di dalam studio. Kamera yang digunakan di studio adlah lebih besar dari kamera mudah bawa yang boleh dimiliki oleh setiap individu. Bukan sahaja saiznya yang lebih besar, malah nilainya juga boleh mencecah puluhan ribu.

Biasanya di dalam studio kamera yang digunakan adalah dari jenis Kamera Beta atau pun DVC Pro. Ianya biasanya diletakkan di atas 'tripod' yang beroda yang memudahkan kita untuk menggerakkan ia kemana-mana yang kita suka atau dipanggil sebagai 'Dolly'.

Kalau anda nak tahu kamera begini juga biasanya digunakan untuk shooting drama yang mana tape yang digunakan juga adalah dari jenis 'tape beta' ataupun 'tape dvc pro'.

Lepas ini baru kita tahu jenis kamera yang biasa digunakan di televisyen...

PROGRAM BAKTI SISWA PANGKOR

sambil-sambil baca novel kat blog ini jemputler berfantasi yang ingin saya kongsikan bersama anda ini...Fantasi Bakti Siswa di Pulau Pangkor...

Program Bakti Siswa di Pulau Pangkor merupakn satu program yang dianjurkan oleh pelajar-pelajar dari Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi. Program yang berlangsung pada tahun 2007 ini merupakan satu program bakti siswa yang mana seramai 80 orang pelajar FBMK telah menabur bakti di Pulau Pangkor.

Untuk pengetahuan anda, Pulau Pangkor merupakan satu pulau yang memang kaya dengan pemandangan yang indah, tetapi penduduk di situ hanya bergantung kepada sektor pelancongan, perhotelan dan perikanan sebagai sumber pendapatan utama mereka.

Program bakti siswa berlangsung selama 3 hari yang mana antara aktiviti yang dijalankan adalah seperti motivasi sekolah, gotong royong, sukaneka bersama penduduk kampung dan lain-lain lagi. Antara pengalaman yang paling tidak dapat dilupakan sepanjang di Pulau Pangkor adalah seperti memiliki bapa angkat, menjala ikan bersama bapa angkat, dan yang paling boleh dibanggakan ialah saya dapat berbakti kepada kanak-kanak di sekolah Pulau Pangkor. Untuk pengetahuan pembaca juga, mentaliti pelajar-pelajar disana adalah berbeza dengan masyarakat di bandar.

Haa nak tahu lebih lanjut berkenaan program ini kena lah tanya saya sendiri hehehe.

STUDY TOUR TO LONDON


Asyik-asyik cerita pasal novel jer boring juga, apakata kita menyimpang sikit ke satu projek mega yang pernah saya sertai suatu ketika dulu...


Study Tour To London adalah satu projek yang telah di anjurkan oleh Majlis Tertinggi Mahasiswa Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu 2004/2005. Projek ini yang disertai oleh MTM Kolej Sri Rajang seramai 9 orang dengan 2 orang pegawai pengiring merupakan satu projek perintis bagi mahasiswa di UPM Kampus Bintulu. Untuk pengetahuan anda projek ini berlangsung selama 10 hari. (tak boleh nak lama-lama sebab duit tak der hehehehe)

Untuk pengetahuan anda projek ini dirancang selama 1 tahun dan segala perbelanjaan serta kos untuk ke London adalah ditaja sepenuhnya oleh beberapa buah syarikat swasta. Antara tujuan utama projek ini dilaksanakan adalah untuk memberi peluang kepada mahasiswa untuk menimba ilmu tentang budaya masyarakat dari negara lain. Selain itu projek ini juga adalah untuk memberi peluang kepada mahsiswa UPM Bintulu untuk berdikari di negara orang disamping menimba pengalaman di negara orang.

Projek seperti patu dicontohi oleh mahasiswa-mahasiswa lain supaya lebih berani dalam menjalankan aktiviti mega seperti ini. Oleh kerana itu projek ini di beri nama projek perintis kepada mahasiswa-mahasiswa baru yang mahu mencari satu pengalaman mencabar sepanjang mereka menimba ilmu di menara gading.